Wednesday, 5 June 2013

TANJUNG MALIM

TANJUNG MALIM
Bandar Tanjung Malim terletak di selatan negeri Perak, berhampiran dengan sempadan negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala Lumpur. Tanjung Malim terletak betul-betul di sebelah utara Sungai Bernam. Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Tempat yang berhampiran dengan Tanjung Malim ialah Ulu Bernam, Kalumpang, Ketoyong, Behrang, Behrang Ulu, Kampung Kelawar danSlim River.

Tanjung Malim terkenal kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dulu Maktab Perguruan Sultan Idris. Tanjung Malim sekarang lebih dikenali apabila kerajaan negeri Perak telah memulakan rancangan untuk membangunkan bandar baru iaitu Bandar Behrang 2020 dan Bandar raya Proton


PETA MALAYSIA



PETA TANJUNG MALIM



Rumah lama yang masih terdapat di Tanjung Malim